Percutian Pulau Langkawi..jom!

Assalamualaikum hangpa..

Sebulan dua merancang nak ke sini dengan keluarga mertua..mak mertua aku ni suka sangat berjalan..jangan tersasul yer..pantang! tapi aku suka tersasul depan mak.. sebab percent untuk menjayakan tu sangatlah tinggi..hahahah..anak2 sila patuh yer termasuk suami aku..githuuu

Kami mulakan perjalan dari rumah ke Perlis jam 12 malam.sampai jam 6 pagi macam tulah.3 buah kenderaan. ingat! semuanya kene pakai baju yang dah ditempah untuk nampk wow! 

Bab2 Hotel,transport 100% serah pada aku sebab aku  kan secretary sgt..kat rumah pun sama..eh dimana-mana yer PA ni! duk ber emel lah aku dengan pihak Hotel bagai.. aku decide Malibest Resort..sebab nak kolam renang tepi pantai, ko berenang nampak pantai walau bayar tak mahal! githu konsep meniru ala2 orang kaya..sorang nak berenang,sorang nak rumah atas pokok, sorang bawah pokok, sorang nak katil besar sorang katil kecik..aku peratikan jer taw



Kami duduk 3H2M di sini.. puas hati! banyak tempat kami pergi..cuma nya ada tempat yang tutup ketika itu. kelebihan Malibest sebab ada kolam renang. bilik pun bersih cantik tersusun.





kalau stay di pantai Cenang ni bab makan mudah sungguh!.. depan tu sepanjang jalan adalah kedai makan..even kat tepi hotel kami pun ada sediakan, pagi2 kami makan kat situ je senang kan? macam -macam aktiviti..aku naik banana boat jerlah

kial2 nak pasang tali tu..jangan lemas sudah!


No comments:

Post a Comment