Percutian Pulau Langkawi..jom!

Assalamualaikum hangpa..

Sebulan dua merancang nak ke sini dengan keluarga mertua..mak mertua aku ni suka sangat berjalan..jangan tersasul yer..pantang! tapi aku suka tersasul depan mak.. sebab percent untuk menjayakan tu sangatlah tinggi..hahahah..anak2 sila patuh yer termasuk suami aku..githuuu

Kami mulakan perjalan dari rumah ke Perlis jam 12 malam.sampai jam 6 pagi macam tulah.3 buah kenderaan. ingat! semuanya kene pakai baju yang dah ditempah untuk nampk wow! 

Bab2 Hotel,transport 100% serah pada aku sebab aku  kan secretary sgt..kat rumah pun sama..eh dimana-mana yer PA ni! duk ber emel lah aku dengan pihak Hotel bagai.. aku decide Malibest Resort..sebab nak kolam renang tepi pantai, ko berenang nampak pantai walau bayar tak mahal! githu konsep meniru ala2 orang kaya..sorang nak berenang,sorang nak rumah atas pokok, sorang bawah pokok, sorang nak katil besar sorang katil kecik..aku peratikan jer taw



Kami duduk 3H2M di sini.. puas hati! banyak tempat kami pergi..cuma nya ada tempat yang tutup ketika itu. kelebihan Malibest sebab ada kolam renang. bilik pun bersih cantik tersusun.





kalau stay di pantai Cenang ni bab makan mudah sungguh!.. depan tu sepanjang jalan adalah kedai makan..even kat tepi hotel kami pun ada sediakan, pagi2 kami makan kat situ je senang kan? macam -macam aktiviti..aku naik banana boat jerlah

kial2 nak pasang tali tu..jangan lemas sudah!


Percutian ke Medan

trip aku pergi medan terjatuh pulak time birthday.. kebetulan yang terIndAH org tua-tua kata..hahahah

mase ni, aish 6 bulan..

Bawak anak kecik ni penat sikit.. nasib lah langsung tak meragam..rase mengantuk tido..rase lapar makan..githuu..cumanya ko kene dukung 24 jam sebab tak bawak stroller,konon2 stroller tu hancur bila sampai..(ko dah kenape)????



Awal-awal pagi abang ipar dah ready hantar kami ke airport. kami naik Air Asia..sekali dengan mertua dan adik ipar. Dari hotel nak ke danau toba makan setengah hari..jalan yang sempit dan jalan kampung menyebabkan pemandu xboleh speed.. dari pagi bertolak before maghrib baru sampai.. aish mase ni xnak tidur atas kerusi bas tu.. macam biase dia nak ayah dia je!! bagus anak ummi ni ye..  kami pergi naik air asia.. sekali dengan mertua n adik bongsu..




Danau toba.. sangat cantik.. perjalanan berbukit bukit macam cameron.. macam kite nak pergi ladang teh cameron.. jalan sangat sempit..agak bahaya kalau bertembung. kumat kamit aku doa janganlah bertembung..Kecut perut taw so sebab tu driver asyik bunyikan hon..!! dari atas bukit kite boleh nampak pemandangan ke tasik.. dalam dan besarnya danau toba ni.. Ya Allah sangat cantik!! mase ni sangat terpegun ye..



hotel kami pulak betul2 di tepi tasik Danau Toba.. bukak tingkap hirup udara luar..ya Rabbi..  sejuk!! xmampu nak hirup lebih2 mase ni.. sesejuk cameron di waktu malam.. bilik xde aircond sebab dah sejuk..kang bimbang beku pulak



mase ni kami naik bot untuk ke perkampungan.. kat sini ceritenye zaman dulu2.. kalau pergi sini cara sape dia, kena cakap HORAS!.. dia cakap HORAS kite pun cakap HORAS.. kat sini kena pandai tawar menawar.. kalau x, same harge je dengan malaysia.. awal2 lagi dah dipesan jangan makan pujuk rayu.. sebab diorang pandai berkata2 .. awal2 lagi diorang dah cakap 'adik pakai baju purple tu lawa. datang sini dik beli'.. lebih kurang tu lah.. aku macam 'haah, betul lah'..


sebenarnya panjang lagi cerita..tapi gambar banyak hilang..makanya sekian..


Bagaimana suAmi MendidiK aNak-Anak

suami dan isteri tak sama

dan sampai bila-bila takkan sama..walau bertahun hidup sebumbung..acuan dan asuhan kita berlainan..dari kecik hingga besar..

aku rasa bukan aku sorang yang alami perkara ni..ramai...dan masing-masing ada cara tersendiri untuk membahagiakan dan mendidik anak-anak..

suami tak pernah salah..walau kita rasa 'cara kita semuanya betul'..tittle MAK tu buat kita rasa kita betul 24hours.. hahaha
Jauhkan dari rasa 'apa yang kita buat semua betul'..sebab seorang ayah tu sendiri pun rasa apa yang dia buat adalah yang terbaik untuk anak-anak.. melainkan hingga mencederakan.. Nauzubillahiminzalik..

Macam aku sendiri..kadang-kadang minta suami ajarkan anak membaca,siapkan homework..eh! mak2 ni banyak benor kerjanya ya..xpernah habis pulak tu..sambil kita tang tung tang tung kat dapur.. tapi kang kalau dengar suare ayah dah meninggi zapppp!!! tetiba dah tercongok depan dia..pastu mata duk bagi hint supaye ajar ank slow2..sabar2 sambil urut dada sendiri!!! sejenis sangat taw..dari elok kat dapur dah bertukar pulak duk depan lipat kain..tetiba ambik kain 2-3 helai buat2 lipat..asalkan boleh tercongok sekali..githuuu.tak boleh dengar marah2 anak nih.. aku rela tutup api dapur yer..hahahahah..pastu laki dah start jeling-jeling tengok perangai isteri..

Dia tak marah dengan cara aku..sebab tahu sangat aku adalah anak yang tak pernah kena rotan dengan seorang ayah..tengking??? apatah lagi..itu bukan abah aku.. jadi aku susah nak marah anak..tapi kalau aku dah start mengomel dia tahu sangat aku tengah marah tu...jangan dekat2 taw..panas ni, pastu pandai pulak dia melayan anak2 dia..



Suami aku dengan anak2 ni ibarat love hate story githuuu..dalam marah sangat sayang!

Kesimpulannya tak payah lah kita sakit2 dada fikir tentang cara suami didik anak-anak ni.. Misi kita sama. nak anak berjaya dunia akhirat